Tuesday, October 27, 2009

Dah Penuh Ngan Sawang!

Dah lama sungguh aku tak update blog nie. Dah bersemak, penuh dengan sesawang.. Nasib baik belum jadi hutan lagi! Hahaha... Aku kembali merepek.

Peksa dah nak dekat, baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak selak buku. Beginilah nasibnya kalau jadi orang malas.. Huh! Di sini aku nak letak a few random things. Can I?


kalau boleh, aku nak rumah aku camni.

Lain-lain bakal menyusul! Aku kena out dulu. Bye!
 

Thursday, October 8, 2009

Pentingnya korang tau asal usul korang...

Huh! (mengeluh!)


Dah lama betul aku tak menaip kat blog ni.. Rindu dan gian pulak rasanya.

Anyway, tinta kali ni aku nak sentuh pasal bab nasab keturunan pulak.
Frankly speaking, aku rasa ramai kat luar sana tak tau pasal keturunan diorang. Takpe, mungkin mereka tak  pernah nak tau.. Tapi pastikan sape yang baca ni tak biarkan diri kau dalam kejahilan.. At least, sibuk-sibukkanlah diri mengetahui tentang keturunan korang!

Kenapa tentiba je aku cakap pasal nasab keturunan ni? Sebab baru aku sedar betapa PENTINGNYA untuk kita semua tau dari mana asal-usul kita! Kenapa? Senang citer, supaya kita sume sedar diri lah!

Keturunan aku? Selama ni aku tau mak aku orang Minang a.k.a. Minangkabau. Itu aje. Titik, noktah.
Tapi sekarang aku dah tau dan aku nak share dalam blog nie... (bajet je! hehehe...)

Fakta tentang aku a.k.a. Raihan Wahida
  1. aku orang Minang
  2. aku ada keturunan yakni suku-sakat kat Indonesia yang aku tak pernah kenal apetah lagi jumpa tapi papepun I AM STILL A MALAYSIAN ok? And I am proud to be one!
  3. kalu ikut, nenek-nenek moyang aku dulu orang Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
  4. suku kaum Jambak
  5. pecahan dari suku kaum tadi : Jambak Haus
  6. gelar datuk suku Jambak aku ialah "Dato Rajo Bandaro"
  7. nama kampung aku kat Bukit Tinggi tu kalau tak silap aku ialah "Kampung Papan Sokopieng'
  8. aku tak pandai cakap Minang
  9. tapi aku faham cakap Minang (sleng Minang Malaysia je, sleng orang Padang, aku macam agak  paham lah kot?, sebab agak susah nak dapat tangkap apa yang sedang dia cakap..)
  10. citer Minang yang aku suka tengok = Nun Di Sana Cintaku
  11. lagu Minang yang aku suka dengar = theme song citer Nun Di Sana Cintaku & Ayam Den Lapeh
  12. penulis Indonesia yang paling aku minat merangkap sekaligus orang Minang jugak, tak lain tak bukan = Hamka
  13. lagenda malin kundang a.k.a. si tanggang berasal dari Padang. senang citer orang Minang k?
  14. kalau korang sedar ramai gak orang yang terkenal kat Malaysia ni sebenarnya orang Minang contohnya seperti:
  • aznil hj nawawi = artis
  • erra fazira = artis
  • syed muzzafar syukor = angkasawan negara
  • nadiah mustapha = pelakon
  • juhara ayub = pelakon
  • razali buyung = pelakon
  • tuanku abdul rahman = agong pertama Malaysia
  • rais yatim = menteri
  • tan sri abdul samad idris = menteri
  • adnan bin saidi (leftenan) = rujuk novel Bukit Kepong Form 4 (ada gambar dia skali)
  • dan yang paling penting, tak lain tak bukan, Raihan Wahida Razali! hehehe...
AKU BANGGA JADI ORANG MINANG MALAYSIA!!!

Kesimpulannya, be proud dengan nasab keturunan korang, tak kira macam mana buruk sekalipun asal-usul korang. Ingat tuh!

Nak tau lebih lanjut pasal orang Minangkabau? Jalan-jalan kat  sini sudah! Tak payah susah-susah kan?

Friday, September 18, 2009

Cerita Tentang Cinta






Ada seorang lelaki buta.
Semua orang bencikan dia kecuali si kekasih hatinya.
Lelaki itu sering berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat."
Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada lelaki itu.
Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat.
Dengan segera dia pergi menemui si kekasih hatinya.
Tetapi pabila dia melihat kekasihnya, dia bersama amat terkejut!
Kekasihnya juga seorang buta.



Kekasihnya lalu bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?"
Namun tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak.
Kekasih hatinya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata, "Tolong jaga mata saya baik-baik ya..."



So, kalau korang jadi perempuan, sanggup korang dermakan mata ntuk orang yang ko sayang?

Tepuk dada, tanya diri sendiri k..?

Tuesday, September 8, 2009

Lupa Aku Coretkan!

Yeh, tahniah kepada Syud kerana telah berjaya menukilankan perasaan dia kepada hasil karya. Wah, aku ingat ko tomboyish, tapi jiwang remang jugak rupanye ko nie... Tak sangka gak lah aku!

Fuh, ini benar-benar membuatkan aku bersemangat berkobar-kobar untuk mewujudkan cerpen aku yang tak pernah bermula. Semangat taik ayam btol lah aku nie... Kata nak buat, tapi start pun belum!

~HAMPEH~

Kemalasan Aku!

Hari ni aku ponteng. Sebenarnya aku patut tulis ponteng lagi. Kenapa? Sebab boleh kata dalam 1 minggu, akan ada 1 hari aku tak datang... Kemalasan yang amat nyata. Next week dah plan, insyallah hari jumaat plak tak datang. Macamana nak buat? Memang aku ada penyakit kemalasan. But I'll try to get over this disease! That's my promise...

Raya brape hari je tinggal lagi? Tipu giler kalau aku kata aku tak excited raya! Raya is fun what.!?

Ouh, baruku teringat! Bercakap pasal raya nie, for the first time in my live, this year Hari Raya, I'll wear high heels. Hahaha... Satu pembaharuan yang amat besar dalam hidup aku. Mencuba ntuk menjadi lebih feminin.

Dan aku lupa ntuk mencoretkan juga, setelah sekian lama, aku dah makin gemouk! Ya, itulah yang berlaku. Dah ada beberapa gelintir manusia yang membisikkan ke aku bahwa aku sudah gemouk. Tapi ape boleh buat, aku tak pernah diet & tak nak diet! Takpe, jangan risau, form 5 nanti aku akan kuruskan badanku balik. Hahaha.. Harap-harap! =)

Anyway, makin lama, aku makin risau lak! Markah add math aku tak pernah yang tak fail... Fail memanjang. Camana lah aku nak score ntuk SPM nanti? Haish.., risau-risau.

Dua tiga minggu kebelakangan ini, aku tidur tak lena btol! Nie, tak puas hati nie! Grrr... Pastu mimpi pulak pelik-pelik. Tapi tak pe sebab mimpi aku memang slalu pelik! So, aku tak brape nak kisah sangat. Lagipun , aku memang pelik pun, kadang-kadang...

Bak ape yang sering aku katakan kepada Cinder, " Pelik itu best!".

Monday, August 24, 2009

Whisky Lullaby

hope u enjoy them!

Lama Tak Update!

Well, rasanya dah lama sangat aku x update the blog of mine! Terlalu banyak merayau & meraban di internet buat aku lupa sejenak apa yang harus aku coretkan!

Ouh, sekarang sudah bulan Ramadhan al-Mubarak! Bermakna, semua umat Islam sedang berpuasa. Dan aku masih belum punya puasa yang terpaksa ditinggalkan setakat nie... Allahmdulillah. Selamat Berpuasa buat semua! Jangan ponteng puasa, ingat tuh.

Sepanjang, aku sibuk menerawang tanpa arah tujuan di internet, baru aku sedar sekarang aku dilanda kegilaan :
  • Dramonie (draco + hermione)
Jangan tanya kenapa... (I had no idea!)
  • Bukak facebook, ambil quiz something bout Harry Potter (HP)
Don't ask me why!
  • A song called "Whisky Lullaby".
Lagu yang gler bapak best.. (bagi aku!) The song was sang by Brad Paisley & Allison Krauss. It was about lovers yang sayang giler each other sampai sanggup commit suicide. It is COMPLETELY SAD!
  • Brian Mcfadden.
Lagu dia yang jadi feveret ku : Sorry Love Daddy which is basically a true story. It's related bout he & his children as his wife & him had divorce. All of his children are currently live with their mum of coz!
  • Colours of The Wind (Pocahantos Version)
So, memandangkan terjiwang with all of the song, maybe, aku tak akan active blogging for some time! But, actually it depends on kerajinan & kemalasanku...

Sekian, terima kasih! Hahaha...

P/S: Suka tengok orang yang umumkan bila puasa ngan hari raya tuh! Dia cam sengal. Hahaha...